joe's synergy
memelihara alam semester
Jumaat, 1 Mac 2013
Khamis, 28 Februari 2013
HARIMAU
Harimau (Panthera tigris) merupakan spesies binatang terbesar di kalangan empat jenis "kucing besar" dalam genus Panthera, dan anggota famili Felidae.[4] Harimau yang berasal dari Asia timur dan selatan ini ialah sejenis haiwan pemangsa dan maging. Subspesies harimau yang lebih besar boleh mencecah panjang 3.3 meter (11 kaki) dan berat 300 kilogram (660 paun).[5][6] Selain kebesaran dan kegagahannya, ciri-ciri terpenting yang dimiliki harimau ialah corak belang menegak berwarna gelap yang melapisi bulunya yang berwarna keputihan atau merah kejinggaan.Harimau yang mempunyai ciri amat mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran baru, terdapat dari kawasan taiga Siberia, ke padang rumput terbuka, ke paya bakau tropika, antara lainnya. Harimau ialah haiwan yang biasanya gemar bersendiri dan berkelakuan kewilayahan, dan sering memerlukan kawasan habitat yang amat luas untuk menampung keperluan memburu mangsanya. Dan kerana mudah didapati di sebilangan kawasan di dunia yang paling padat kependudukan manusianya, menyebabkan sering terjadinya konflik antara harimau dan manusia. Tiga daripada sembilan subspesies harimau moden sudah diisytiharkan pupus dan enam yang selebihnya digolongkan sebagai terancam. Punca-punca utama harimau terancam ialah kemusnahan dan fragmentasi habitat, dan juga kegiatan memburu. Harimau yang pernah menduduki kawasan-kawasan seluas Mesopotamia dan Caucasus hingga Asia Selatan dan Timur, kini semakin berkurangan bilangannya. Walaupun semua spesies yang masih ada diberi perlindungan undang-undang, namun pemburuan, kemusnahan habitat dan kemurungan pembiakbakaan dalam tetap menjadi ancaman.
Walau apapun, harimau tetap menjadi salah sejenis megafauna berkarisma yang paling terkenal di dunia. Harimau banyak memainkan peranan penting dalam mitos dan budaya rakyat, di samping masih mendapat tempat dalam bidang perfileman dan kesusasteraan moden. Lukisan harimau sering dijumpai pada bendera dan jata negara, sebagai maskot sukan, dan haiwan kebangsaan sebilangan negara Asia, termasuk.
BADAK SUMBU
Badak Sumbu (bahasa Inggeris: Rhinoceros (raɪˈnɒsərəs "rhinoceros" (ῤινόκερως) diambil dari perkataan Yunani ῥινός rhinos, bermaksud hidung, dan κέρας keras, bererti tanduk; dengan itu "hidung-tanduk". ), adalah nama umum yang digunakan bagi mengelompokkan sekumpulan lima spesis luas bagi ungulate haiwan berkuku bilangan ganjil ]] dalam keluarga Rhinocerotidae. Dua dari spesis ini adalah dari jenis tempatan bagi Afrika dan tiga bagi Asia selatan. Tiga dari lima jenis spesis— (Badak raya, Badak Kerbau dan Badak Sumbu Hitam)—adalah amat terancam. Badak Sumbu India adalah terancam, dengan kurang daripada 2,700 individu tinggal hidup liar. Badak Sumbu Putih di daftar sebagai Lemah/terancam (Vulnerable), dengan sekitar 14,500 tinggal hiduop liar.
Keluarga rhinoceros berciri bersaiz besar (salah satu dari haiwan besar (megafauna) yang masih hidup hari ini) dengan kesemua spesis mampu mencapai berat sehingga satu tan; diet maun; dan kulit perlindungan yang tebal, setebal 1.5–5 cm, terbentuk dari lapisan collagen terletak dalam kedudukan bersilang (lattice); saiz otak yang agak kecil berbanding saiz mamalia sebesar ini(400–600g); dan tanduk besar. Mereka biasanya makan bahan berdaun, sungguhpun keupayaan bagi memeram makanan dalam kolon (perut tengah) membenarkan mereka hidup memakan bahan tumbuhan lebih berfiber, jika perlu. Tidak seperti perissodactyl lain, spesis badak sumbu Afrika ketiadaan gigi pada bahagian hadapan mulut mereka, sebaliknya bergantung kepada gigi premolar dan molar yang kuat bagi menghancurkan makanan tumbuh-tumbuhan.[1] Bilangan gigi berbeza dengan banyaknya antara spesis, tetapi secara umum adalah: Templat:Dentition2
Badak sumbu menjadi buruan bagi tanduknya. Tanduk rhinoceros diperbuat dari keratin, protin yang sama yang menghasilkan rambut dan kuku, tetapi tanduk itu sendiri tidak diperbuat dari rambut seperti yang diperkatakan semebul ini.[1] Kedua-dua spesis Afrika dan Badak Kerbau memiliki dua tanduk, sementara Badak Indian dan Badak Raya memiliki satu tanduk. Rhinoceroses memiliki deria pendengaran dan bau yang tajam tetapi mata yang kabur. Kebanyakannya mampu hidup sehingga 60 tahun atau lebih lama dari itu.
Taxonomi dan penamaan
Perkataan "rhinoceros" (ῤινόκερως) diambil dari perkataan Yunani ῥινός rhinos, bererti hidung, dan κέρας keras, bererti tanduk; dengan itu "hidung-tanduk". Perkataan jamak bagi bahasa Inggeris adalah rhinoceros, rhinoceri, rhinoceroses, atau rhinoceroi. Sekumpulan rhinoceros pula dikenali sebagai "crash" (collective noun).Lima spesis yang masih hidup jatuh kepada tiga kategori. Dua spesis Afrika, Badak Sumbu Putih dan Badak Sumbu Hitam, berpisah semasa awal Pliocene (sekitar 5 juta tahun dahulu) tetapi kumpulan Dicerotini yang kedua mereka termasuk kedalamnya berasal pada pertengahan Miocene, sekitar 14.2 juta tahun dahulu. Perbezaan utama antara Badak Sumbu Putih dan Hitam adalah bentuk mulut mereka. Badak Sumbu Putih memiliki bibir leper bagi meragut sementara Badak Sumbu Hitam mempunyai bibir tirus bagi makan dedaunan. Nama Badak Sumbu Putih adalah sebenarnya satu kesalahan, atau lebih tepat lagi herotan bagi perkataan wijd ("lebar" dalam bahasa Afrika), merujuk kepada bibir lebar mereka.
Badak Sumbu Putih dibahagikan kepada sub-spesis Utara dan Selatan. Terdapat dua spesis Rhinocerotini yang masih hidup, Badak Sumbu India yang terancam dan Badak Raya yang amat terancam, yang berpisah antaranya sekitar 10 juta tahun dahulu. Badak Kerbau yang amat terancam merupakan satu-satunya perwakilan yang masih hidup dari kelompok paling primitif, Dicerorhinini, yang muncul pada era Miocene (sekitar 20 juta tahun dahulu).[2] Badak Sumbu Berbulu yang telah pupus dari Eropah utara dan Asia juga merupakan dari puak ini.
Sub-spesifik badak sumbu putih kacukan (Ceratotherium s. simum × C. s. cottoni) merupakan baka dari Dvůr Králové Zoo (Zoological Garden Dvur Kralove nad Labem) di Republik Czech pada tahun 1977. Kacukan antara spesies Badak Sumbu Hitam dan Putih juga telah disahkan.[3]
Kesemua spesis Badak Sumbu memiliki sebanyak 82 chromosomes (diploid number, 2N, per cell), kecuali Badak Sumbu Hitam, yang mempunyai 84 kromosom. Ini merupakan jumlah kromosom yang dikenalpasti tertinggi di antara semua mamalia.
Badak Sumbu Putih
- Rencana utama: Badak Sumbu Putih
Badak Sumbu Putih mempunyai bahagian badan dan kepala yang besar, tengkuk yang pendek, dada yang luas. Badak Sumbu Putih boleh melebihi 3000 kilogram (6000 paun) mempunyai ukuran kepala dan badan kira-kira 3.35-4.2 meter (11-13.9 kaki) dan ketinggian bahu kira-kira 150-185 sentimeter (60-73 inci). Rekod menunjukkan saiz Badak Sumbu Putih adalah 4500 kilogram (10,000 paun).[5]. Di hujung muncungnya ia mempunyai dua tanduk. Tanduk paling hadapan adalah lebih panjang dari tanduk yang lagi satu dan dianggarkan sepanjang 89.9 sentimeter (23.6 inci) panjang dan ia boleh mencapai 150 sentimeter (59 inci).Badak Sumbu Putih juga dikenalpasti mempunyai bonggol di belakang tengkuknya iaitu untuk menyokong kepalanya yang besar. Warna haiwan ini dalam lingkungan warna coklat kekuningan ke kelabu salak. Badak sumbu putih mempuunyai rambut di sekitar tepi telinga dan ekor merentangi badannya. Badak Sumbu Putih kebiasaannya mempunyai keluasan mulut yang leper yang tersendiri yang boleh membantu mereka untuk ragutan/meragut.
Badak Sumbu Hitam
- Rencana utama: Badak Sumbu Hitam
Badak sumbu hitam dewasa berdiri setinggi 147–160 cm (57.9–63 inci) pada paras bahu dan mencapai 3.3-3.6 m (10.8–11.8 kaki) panjang.[7] Berat dewasa badak sumbu hitam mencapai 800 sehingga 1400 kg (1,760 to 3,080 lb), berat luar biasa sehingga 1820 kg (4,000 lb), di mana betina adalah lebih kecil berbanding jantan. Dua tanduk pada tengkorak dibentuk dari keratin di mana bahagian depan lazimnya 50 cm panjang, luar biasa sehingga 140 cm. Kadang kala satu tanduk yang ketiga boleh terbentuk. Badak sumbu hitam kelihatan lebih kecil berbanding badak sumbu putih, dan mempunyai mulut yang tajam yang digunakan untuk memeggang daun dan ranting semasa makan.
Badak Sumbu India
- Rencana utama: Badak Sumbu India
Badak Sumbu India mempunyai kulit coklat keperakan yang tebal, di mana telah menyebabkan liaptan yang ketara di seluruh badannya. Di bahagian atas kaki dan bahunya diliputi dengan ketuat- seperti bonggolan, dan ia mempunyai bulu badan yang amat sedikit. Tumbesaran keseluruhan jantan adalah lebih besar dari betina di dalam hutan, dan ia boleh mencapai berat dari 2200-3000 kilogram (4,800–6,600 lb). Badak Sumbu India betina mempunyai berat kira-kira 1600 kilogram. Badak Sumbu India boleh mencapai ketinggian dari 5.7–6.7 kaki dan boleh mencapai 13 kaki (4.0 m) tinggi. Rekod spesimen badak sumbu ini menunjukkan badak sumbu ini dianggarkan 3500 kilogram. Badak Sumbu India mempunyai satu tanduk yang boleh mencapai panjang di antara 20 sentimeter dan 101 sentimeter. Saiznya setanding dengan yang Badak Sumbu Putih di Afrika.
Badak Raya
- Rencana utama: Badak Raya
Sebagaimana Badak Sumbu India yang lebih besar, Badak Raya hanya memiliki tanduk tunggal. Ia tidak memiliki bulu, kulit kelabunya berlipat pada bahagian bahu, belakang, dan punggung memberikannya rupa seperti berperisai. Tubuh Badak Raya mencecah sehingga 3.1-3.2 m (10-10.5 kaki), termasuk kepalanya dan setinggi 1.5–1.7 m (4.9-5.6kaki). Badak dewasa dilaporkan memiliki berat antara 900–1,400 kg[9] or 1,360-2,000 kg.[10] Tanduk badak jantan mampu mencecah panjang sehingga 26 cm sementara badak betina hanya memiliki bonggol atau langsung tiada.[10]
Tempat terakhir bagi Badak Sumbu India adalah di Taman Negara Kaziranga yang terletak di jajahan Golaghat di Assam.
Badak Kerbau
- Rencana utama: Badak Kerbau
Biasanya seekor Badak Kerbau dewasa berdiri kira-kira 130 cm (4.3 kaki) tinggi di bahu, panjang badan 240–315 cm (7.9kaki - 10.3 kaki) dan berat sekitar 700 kg (1543 paun), sungguhpun individual terbesar yang diketahui mencecah berat sehingga 1,000 kilogram. Sebagaimana spesies Afrika, ia memiliki dua tanduk, yang terbesar di hadapan (25–79 cm) dan yang lebih kecil di belakang biasanya kurang dari 10 cm panjang. Haiwan jantan memiliki tanduk lebih besar berbanding betina. Rambut boleh berbeza dari amat tebal (rambut paling tebal pada hawian muda) sehingga jarang-jarang. Warna badak sumbu ini adalah merah keperangan. Badannya pendek dan memiliki kaki montok. Ia juga memiliki bibir panjang ("prehensile").
Evolusi
Rhinocerotoids berpisah dari perissodactyls lain pada awal tempoh Eocene. Fosil Hyrachyus eximus dijumpai di Amerika Utara bertarikh pada tempoh ini. Leluhur badak tanpa sumbu menyerupai tenuk atau kuda kecil berbanding badak sumbu. Tia keluarga, kadang kala dikumpulkan bersama sebagai keluarga besar Rhinocerotoidea, berevolusi pada akhir Eocene: Hyracodontidae, Amynodontidae dan Rhinocerotidae.Hyracodontidae, juga dikenali sebagai "badak berlari," menunjukkan adaptasi bagi kepantasan, dan akan kelihatan lebih menyerupai kuda berbanding badak sumbu moden. Hyracodontids terkecil bersaiz anjing; sementara yang terbesar merupakan Indricotherium, dipercayai salah satu haiwan mamalia daratan terbesar pernah wujud. Indricotherium tak bertanduk hampir setinggi tujuh meter, sepanjang sepuluh meter, dengan berat sehingga 15 tan. Sebagaimana zirafah, ia makan daun pokok. Hyracodontids tersebar sepanjang Eurasia dari tempoh pertengahan-Eocene hingga awal Miocene.
Keluarga Amynodontidae, juga dikenali sebagai "badak sumbu air," tersebar sepanjang Amerika Utara dan Eurasia, dari akhir Eocene hingga awal Oligocene. Amynodontids menyerupai badak air dari segi ekologi dan rupanya, mendiami sungai dan tasik, dan berkongsi banyak adaptasi yang sama bagi kehidupan di air sebagaimana Badak Air.
Asal badak sumbu Afrika yang masih ada dijejak kembali hingga spesies Ceratotherium neumayri akhir Miocene (Templat:Ma/2 juta tahun dahulu). Leluhur mengandungi spesies yang berpisah sejak awal Pliocene (Templat:Ma/2 juta tahun dahulu), apabila Diceros praecox, leluhur paling mungkin bagi Badak Sumbu Hitam, muncul dalam rekod fosil.[12] Badak Sumbu Hitam dan Badak Sumbu Putih kekal berkait rapat sehingga keduanya masih boleh mengawan dan menghasilkan anak.[3]
Langgan:
Catatan (Atom)